 |
 |
Arkib Frenzy Laman Arkib Informasi TZM Frenzy
|
| |
|
|
COMPULSORY UPGRADE!!! Request an upgrade NOW! 32+ Pre-installed Modifications! 3 Server Locations to choose from: USA, UK and JAPAN.
11th December 2012 - CreatephpBB: All servers are upgraded to run using SSD drive. Click Here to report problems!
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 5:55 pm Post subject: |
 |
|
Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kampung Medan
• Background
Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kampung Medan is located in Taman Sri Medan, Petaling Jaya. As an orphan herself, Hajah Kamariah Lasim 57, was determined to setup such shelter since young. In the year 1986, her wish came true when she open up her own home in Taman Sri Medan to orphans and also single mother. Since then, this home, which is registered with the Perbadanan Kebajikan Masyarakat (PBM), has welcomed more than 80 children and 60 single mothers.
Hajah Kamariah runs this home with her own resources. Although public donation do comes in, however it is not on regular basis and it is always barely sufficient. For this reason, sometimes the daily meal is only rice with black soya sauce. In order to make additional income, the single mothers make cookies for sale. For the fortunate some, they manage to hold a job. The single mothers that have registered themselves with PBM do receive some small amount of allowance monthly.
• Needs
The children with age range from pre-school to secondary school are given Quran study class by a hired teacher. Hence activity Yasin prayer is occasionally held. A computer facilty is also available in this home.
All forms of donations are welcome. Staple necessities are rice, cooking oils, flours and sugar. Cash is needed to pay for utility bills, tuition fee, medical needs and also for clothing.
• Contacts
Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kampung Medan
No.9 Lorong PJS 2C/11C
Taman Sri Medan
46000 Petaling Jaya
Selangor
Contact Person: Hajah Kamariah Lasim
Tel: 03-77814402
Directions: From Old Klang Road, head towards the Pantai Express Toll. Take the first left after the toll, and take another left after Gerai PJS 2C and Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (both on the left). After taking the turn, you should see Pasar Mini Pilihan Murni, a clinic and a mosque on your right. Drive along pass the mosque till you come to a T-junction. Turn left and drive till the next T-junction (Tadika Semut Comel should be right in front on the junction). Take another left and turn into the second street on the right hand side. The home will be on the right side, towards the middle of the stretch of houses.
Information was obtained on 7 July 2004. _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 5:55 pm Post subject: |
 |
|
ni antara senarai rumah anak2 yatim dan rumah kanak-kanak yg lain, comey dh asingkan mengikut negeri dan comey dah periksa, tiada dlm senarai yg syd dan kawan2 lain telah masukkan, jd jika kita berada berhampiran/ satu daerah, ringan2kanlah kaki kita melangkah menjenguk mereka di sana, masih ada yg sayang...ini merangkumi luar lembah kelang & KL jugak.
notes: mungkin ada perubahan alamat dan no telefon bagi sesetgh tempat terutama sekali bg kwsn KL (no tel berubah 8 angka), jika rasa was-was dgn status rumah2 kebajikan/penjagaan kanak2 ini, boleh check dulu dgn mereka atau pihak2 berkenaan..,disclaimer: comey cuma membantu sort & paste list ni kat sini.
di Selangor:
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)
37, Jalan Nirvana 39,
Taman Nirvana, 68000
Ampang,
Selangor
Tel: 03-92861992
Fax: 03-92864872
Pertubuhan Rumah Anak Yatim / Miskin Daerah Kuala Langat
No. 61, Jalan Baiduri 1,
Taman Baiduri
Off Jalan Morib, 42700 Banting,
Selangor
Tel: 03-31879795
Fax: 03-31875086
Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah
Jalan Semarak, 45000, Kuala Lumpur.
Tel: 03-8891495
Yayasan Anak Yatim Dan Kebajikan
Murid-Murid Islam Semenyih (YAYAKIN)
Semenyih, Selangor
Tel: 03-8337675, 8139351 _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 5:56 pm Post subject: |
 |
|
di Terengganu:
Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Darul Falah,
Padang Su Man,
Jalan Mak Kemas,
Bukit Payung, 21400,
Kuala Terengganu
Tel: 09-6192667
Persatuan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA)
423-B, Jalan Pusara, 20400,
Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6224924
di kedah:
Kebajikan Anak Anak Yatim Sungai Petani
Lot 147 Melalui Lorong 5 Taman Sutera
P.O.Box 23 08000 Sungai Petani
Kedah
Tel: 04-423 3005
Email: [email]vallalar@tm.net.my[/email]
Persatuan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA)
Daerah Kulim & Bandar Baru
No. 2, Jalan Bukit, 09000,
Kulim, Kedah
Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Kedah
(Rumah Amal Alor Setar)
Jalan bahagia, 988 Mentalon,05250,
Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7327313
Badan Usaha Anak-Anak Didikan Yatim
Rumah Budi,
Jalan Pegawai,
06900 Yan,
Kedah
Tel: 04-4655208
Fax 04-4655208
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(Rumah Kanak-Kanak Darul Aitam)
Alor Setar, Kedah.
No. 1475, Lorong Seri, Jalan Langgar,
05300, Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7335124 _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 5:57 pm Post subject: |
 |
|
di kelantan:
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Pekayatim)
Lot 523 Jalan Raja Perempuan Zainab II
Kubang Kerian 16150 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-765 4286 Fax: 09-765 3543
E-mail: [email]pekayatim@yahoo.com[/email]
Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam
Jalan Yaacobiah Lundang
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
15000 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-744 6505
di Perlis:
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis
Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah
Jejawi, 01000, Kangar, Perlis
Tel: 04-9761957 _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 5:57 pm Post subject: |
 |
|
di Perak:
Pertubuhan Kebajikan Yayasan Anak Yatim Piatu Darul Aitam (BUSARAH)
Kampung Haji Salleh,35350
Temoh,
Perak
Tel: 05-4199089
Fax: 05-4199089
di Pulau Pinang:
Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pulau Pinang
Wisma Yatim, No. 173, Jalan Air Itam,
11400, Pulau Pinang.
Tel: 04-8288897
di Negeri sembilan:
Yayasan Anak Yatim Dewan Perniagaan Melayu
Tingkat 11, Wisma Dewan Perniagaan Melayu,
Jalan Datuk Bandar Tunggal,
Seremban
Tel: 06-7620251
Jemaah kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Ulu Gadong,
Kampung Ulu Gadong,
71350, Rembau, Negeri Sembilan
Tel: 06-4381411
Fax: 06-4383025
Rumah Tunas Harapan Payung Seri Sejahtera
Kuala Pilah, Seri Menanti,
71550, Negeri Sembilan
Tel: 06-4811163
di Melaka:
Lembaga Kebajikan Pengurusan Anak Yatim Miskin Islam
Sekolah Agama Paya Rumput,
Sungai Udang, 76300, Melaka
Tel: 06-3512364
di Johor:
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Batu Pahat
180, Jalan Kluang, 83000,
Batu Pahat, Johor
Tel: 07-7725841
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam
No. 16, Jalan Petri, 84007
Muar Johor
Tel: 07-9510022
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor
118, Jalan Bukit Cagar, 80300,
Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2234664
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing
D/A Pejabat Agama Mersing, Aras 3,
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan, 86800,
Mersing, Johor
Tel: 07-7992834
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kluang
No. 30, Jalan Besar Off Jalan Kolam Air, 86000,
Kluang, Johor
Tel: 07-7725841
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim
Islam Daerah Segamat Johor
KM5 Jalan Muar 85000 Segamat
Johor Darul Takzim
Tel: 07-9312 5851 Fax: 07-931 1976
Email: [email]pkayis@tm.net.my[/email]
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (Kota Tinggi)
Lot 2472, Jalan Taib,
Kota Kecil, 91900,
Kota Tinggi, Johor
Tel: 07-8834753 _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 5:59 pm Post subject: |
 |
|
Rumah Nurul Qana’ah perlukan bantuan
Oleh ROSMAH DAIN
ROSLI ABD. GHANI memeriksa keadaan Rumah Silaturahim Nurul Qana’ah sambil dibantu oleh isterinya, Rupizah Abd. Hamid (empat dari kanan) dan dua orang pembantu.
--------------------------------------------------------------------------------
Suasana di dalam bangunan rumah kedai dua tingkat itu sepi sahaja sebaik kami memasukinya kerana sebahagian besar kanak-kanak yang menghuninya berada di sekolah.
Hanya dua penyelia dan dua kanak-kanak berusia lima tahun sedang tidur di rumah berkenaan ketika itu.
Dipagari jeriji besi, biarpun keadaannya tidak sempurna dan serba kekurangan, rumah kedai itu merupakan tempat penempatan sementara bagi kanak-kanak yang memerlukan tempat untuk meneruskan kehidupan mereka dengan cara yang amat sederhana.
Kedatangan saya yang ditemani jurugambar Abdul Razak Latiff ke rumah kebajikan yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Rumah Silaturahim Nurul Qana’ah di Taman Batu, Batu Caves, Selangor itu disambut oleh Pengerusi rumah berkenaan, Rosli Abdul Ghani, 41, dan Bendaharinya, Rauf Sidek.
Menurut Rosli, rumah kebajikan berkenaan baru sahaja diambil alih oleh ahli jawatankuasa baru yang dipengerusikannya pada pertengahan tahun lalu.
“Menerusi pengambilalihan itu, kami telah mendaftarkan rumah ini sebagai sebuah pertubuhan kebajikan, menyusun semula struktur pentadbiran dan cuba memberi nafas baru kepada usaha-usaha kebajikan yang diperlukan oleh kanak-kanak yang ditempatkan di sini,” katanya.
Isterinya, Rupizah Abd. Hamid, 39, yang prihatin dengan nasib kanak-kanak di rumah tersebut melakukan kerja-kerja rumah dan mengemas. Ayah kepada enam anak itu berkata, semua AJK yang mengendalikan rumah itu melakukan kerja-kerja kebajikan itu secara sukarela.
Seperti rumah kebajikan lain, apa yang kurang adalah perbelanjaan untuk menguruskan rumah itu bagi meneruskan kelangsungan hidup para penghuninya.
Rosli berkata, rumah yang menempatkan 16 orang kanak-kanak berusia lima hingga 13 tahun itu mampu memuatkan sehingga 30 kanak-kanak pada satu-satu masa.
Kanak-kanak yang ditempatkan di situ terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak mualaf (saudara baru), anak-anak miskin dan ibu tunggal serta anak-anak terbiar yang dirujuk oleh badan-badan atau agensi-agensi tertentu serta orang-orang perseorangan yang prihatin.
Bantuan
“Memang keadaan rumah ini agak daif dan tidak selesa sebagai penempatan kanak-kanak berkenaan.
“Tetapi kita berharap keadaan itu hanya sementara kerana kita sedang merancang untuk mengadakan tapak asrama pertubuhan ini sendiri tidak lama lagi sekiranya mendapat derma atau sumbangan yang mencukupi daripada orang ramai,” katanya.
Dalam pada itu, Rosli memberitahu, segala bentuk perbelanjaan untuk mentadbirkan rumah berkenaan diselenggarakan hasil daripada bantuan perseorangan dan pihak-pihak swasta yang prihatin secara berkala.
Perbelanjaan tetap yang diperlukan untuk mengurus rumah itu dan penghuninya menelan sehingga RM8,000 setiap bulan. Sumber kewangan yang diperoleh digunakan untuk bayaran sewa premis, makanan, wang saku, pengangkutan ke sekolah, buku dan pakaian sekolah, kemudahan infrastruktur, pembiayaan kesihatan, gaji penyelia dan pembantu yang mengawal selia kanak-kanak berkenaan, kelas tambahan dan sebagainya.
Malah ada beberapa barangan lain yang diperlukan untuk memperbaiki kemudahan di premis berkenaan seperti mesin basuh, kabinet, meja belajar, seterika, tikar getah, pembersih hampa gas, pot mineral dan kipas.
Kata Rosli, ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak yang ditempatkan di rumah itu sudah tentu mengharapkan pihak pertubuhan untuk menjaga kebajikan anak-anak mereka.
“Sekurang-kurangnya apabila anak-anak mereka berada di sini, sedikit sebanyak beban mereka menjadi ringan. Tambahan pula masa depan anak-anak ini pasti terjamin kerana pembelajaran mereka terurus,” katanya.
Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, mereka boleh berbuat demikian kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Silaturahim Nurul Qana’ah, No. 34A/34B, Jalan 10, Taman Batu Off Taman Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor atau menghubungi talian 019-2252727. _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 5:59 pm Post subject: |
 |
|
Kasih Jaafar di Rumah Tunas Harapan Sepenuh Hati
Oleh: ROSLAH OTHMAN
JAAFAR BAHID (bersongkok) menerangkan sesuatu kepada anak-anak yatim sambil diperhatikan Ramlah Abdul Kadir (dua dari kanan) di Rumah Tunas Harapan Sepenuh Hati di Jalan Kekwa, Bukit Beruntung baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
TIDAK ada yang lebih bermakna dalam hidup seseorang selain dapat menggembirakan hati dan berbakti kepada insan lain yang kurang bernasib baik, terutama anak-anak
yatim atau anak terbiar lantaran kemiskinan hidup.
Walaupun kehidupan yang dilalui juga serba serbi sederhana, semuanya tidak menghalang niat suci mahu membantu anak-anak ini meneruskan kehidupan asalkan masa depan mereka tidak terus terabai dan terumbang-ambing.
Inilah yang cuba dilakukan pasangan Jaafar Bahid, 64, dan Rahmah Abdul Kadir, 59, walaupun terpaksa menghabiskan sisa-sisa usia emas mereka bersama anak-anak ini.
Menurut Jaafar, segala apa yang dilakukan beliau dan isteri semata-mata mahu memastikan kesejahteraan dan kesempurnaan masa depan anak-anak ini.
Bukan sahaja dari segi kasih sayang dan pendidikan, bahkan lebih daripada itu.
“Walaupun kami bukan ibu bapa sebenar kepada anak-anak ini, kami cuba memberi yang terbaik untuk mereka. Dari segi layanan dan kasih sayang tidak ada bezanya apa yang diberi ibu bapa lain kepada anak-anak mereka,’’ ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Jaafar merupakan individu yang bertanggungjawab memelihara anak-anak yatim dan miskin Rumah Tunas Harapan Sepenuh Hati yang didirikan hasil sumbangan Yayasan Jusco Malaysia.
Rumah banglo yang terletak di Jalan Kekwa, Bukit Beruntung, Hulu Selangor itu menempatkan lapan kanak-kanak berusia enam hingga lapan tahun.
Majlis penyerahan projek Rumah Tunas Harapan disampaikan duta Yayasan Jusco sendiri, Siti Nurhaliza Taruddin kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Keinginan Jaafar untuk mencurahkan masa dan tenaganya menjaga anak-anak ini diakui banyak didorong Rahmah sendiri yang memang suka dan sayangkan kanak-kanak.
Selain bertanggungjawab menjaga makan dan pakai anak-anak ini, beliau juga mengajar anak-anak ini mengaji.
Menurut Rahmah, pengalaman dan hubungan mereka dengan anak-anak yatim bukanlah pertama kali. Sebaliknya, ketika masih menetap di rumah sendiri di Sungai Choh, mereka juga menjaga anak-anak yatim.
“Kami tidak pernah mengharapkan sebarang balasan apabila menjaga anak-anak ini.
“Selagi ada kesihatan mengizinkan kami akan menjaga mereka,’’ ujarnya yang bersyukur kerana suaminya, seorang bekas pesara kerajaan, juga sedia membantu.
Sementara itu, bagi anak-anak yatim ini sejak menjadi penghuni rumah tersebut, kepada Jaafar dan Rahmahlah tempat mereka bermanja dan mencurahkan kasih sayang.
Kini merekalah ibu dan bapa mereka lantaran ibu bapa sendiri tidak ada di sisi.
Bagi Yusnizar Mohd. Yusof, 12, walaupun berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti rakan-rakan sebaya lain, dia cuba untuk mengawalnya.
Sekurang-kurangnya kata anak ketiga daripada lima orang adik beradik ini, masa depannya lebih cerah.
“Sedih memang sedih, tetapi saya kuatkan semangat. Dengan adanya rumah perlindungan seperti ini, keinginan saya untuk belajar dan mencapai cita-cita seperti orang lain akan tercapai,’’ ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang ini.
Menurut Yusnizar, ibu bapanya telah berpisah dan telah membawa haluan masing-masing. Lantaran kemiskinan, dia akhirnya terpaksa tinggal di rumah kebajikan.
Bagi Siti Khadijah Mohd. Said, 12, perasaan sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga sendiri cuba dibuang jauh dalam hatinya.
Ini kerana katanya, demi memastikan masa depannya lebih terjamin dan sempurna dia cuba menyesuaikan diri ditempat baru.
“Biarpun baru ditempatkan di sini, saya cuba menyesuaikan diri dengan ibu dan bapa baru juga rakan-rakan lain. Dengan adanya rakan senasib seperti Yusnizar saya lebih yakin untuk terus menetap di sini,’’ katanya sambil tersenyum.
Berbeza dengan dua penghuni lain iaitu Hafiz Abdullah, 8 dan Haikal
Abdullah, 7, masing-masing kelihatan masih belum dapat menerima hakikat terpaksa berpisah dengan keluarga
sendiri.
Mereka juga belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat baru yang dirasakan terlalu berbeza dengan kehidupan lalu.
Bagaimanapun, Jaafar dan Ramlah cuba sedaya upaya membahagiakan anak-anak ini dengan melakukan apa sahaja demi masa depan mereka. _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 6:09 pm Post subject: |
 |
|
Pahala besar jaga kebajikan anak yatim
SAYID Qutub berkata: Dasar takaful sosial itulah dasar masyarakat Islam. Kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan harta mereka.
Dahulu sesetengah penjaga anak-anak yatim itu mencampurkan makanan anak-anak yatim dengan makanan mereka. Harta anak-anak yatim dengan harta mereka untuk sama-sama dilaburkan dalam perniagaan menyebabkan kadang-kadang berlaku penganiayaan terhadap anak-anak yatim.
Sejak itu, orang-orang yang bertakwa merasa keberatan (untuk makan bersama anak-anak yatim) hingga mereka asingkan makanan anak-anak yatim daripada makanan mereka.
Firman Allah: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)
Firman Allah s.w.t: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim.
Ulama telah khilaf siapakah yang bertanya kepada Nabi s.a.w. dengan dua pendapat:
Pertama: Thabit bin Rifa’ah al-Ansari. Inilah pendapat Mujahid.
Kedua: Abdullah bin Rawahah. Inilah pendapat Abu Sulaiman al-Dimasyqi.
Ibn al-Arabi berkata: Sebab turunnya, diriwayatkan bahawa turunnya ayat 10 surah al-Nisa’ yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim…
Orang berasa serba salah untuk bergaul dengan anak-anak yatim pada harta-harta mereka lalu mereka mengasingkan diri daripada anak-anak yatim. Maka Allah menurunkan ayat ini yang bermaksud: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), tentang masalah anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baik.
Ini bermaksud memperbaiki harta benda mereka lebih baik daripada menyisihkan mereka. Firman ini memberi keizinan menguruskan harta anak yatim dengan niat yang baik iaitu untuk kepentingan anak yatim itu sendiri bukan kepentingan sendiri.
Oleh sebab itu al-Quran sekali lagi mengembalikan kaum Muslimin kepada sikap yang sederhana dan menggunakan cara yang mudah dalam menghadapi perkara ini dan mencari kebaikan untuk anak-anak yatim dan bertindak dalam batas-batas yang mendatangkan muslihat kepada mereka.
Mengusahakan kebaikan-kebaikan untuk anak-anak yatim itu lebih baik daripada berasingan. Ini kerana tidak ada apa-apa kesalahan dalam percampuran dengan mereka selama percampuran itu mendatangkan kebaikan kepada mereka.
Anak-anak yatim itu adalah sama seperti saudara-saudara kepada para penjaga mereka. Mereka adalah saudara seagama dalam Islam. Mereka adalah anggota-anggota dalam keluarga Islam yang besar dan Allah mengetahui sesiapa yang membuat kerosakan dan sesiapa yang membuat kebaikan. Yang menjadi asas pegangan bukannya tindakannya yang lahir, tetapi ialah niat dan hasilnya.
Tercetus
Demikianlah segala urusan ini dihubungkan kepada Allah dan diikatkan pada paksinya yang kukuh di mana berlegarnya akidah dan hayat. Inilah kelebihan perundangan yang diasaskan di atas akidah. Oleh itu, jaminan pelaksanaan undang-undang selama-lamanya tidak datang dari luar andainya ia tidak tercetus dan bertunjang di dasar-dasar hati nurani.
Firman Allah: Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama);
Apabila Allah mengizinkan manusia bercampur gaul dengan anak-anak yatim bagi tujuan memperbaiki dan menyelia urusan mereka, maka itu adalah dalil keharusan mengurus bagi pihak anak yatim sebagaimana mengurus bagi pihak anak yatim.
Dalam athar ada disebutkan: Sebagaimana caranya engkau mendidik anakmu maka didiklah anak yatim dengan cara itu. Oleh itu, sebahagian ulama mengatakan: Adalah harus bagi pengasuh membelanjakan harta anak yatim sebagaimana wasi membelanjakannya dalam soal jual beli, pembahagian dan selainnya. Kami telah menerangkan hal ini dalam kitab Masail al-Furu'’ Inilah pendapat yang dipegang oleh penulis.
Oleh itu tindakan pengasuh itu diperakui sama ada pada harta yang banyak itu sedikit berdasarkan kemutlakan ayat tersebut.
Firman Allah: Dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka).
Apabila seseorang mengambil tanggungjawab menjaga anak yatim, maka dia boleh menguruskan harta anak yatim itu. Sekalipun tidak dilantik oleh wali anak yatim itu. Ini disebabkan ayat tersebut menyebutkan kebenaran itu secara mutlak dan kerana kafalah (penjagaan) itu juga sama kedudukan seperti wilayah (kewalian) yang umum.
Ketahuilah bahawa tidak ditemui berita daripada mana-mana khalifah yang melantik seseorang untuk menjaga anak yatim, walaupun ramai anak yatim yang ada pada zaman mereka, tetapi mereka memperakui hak menjaga anak yatim itu apabila anak yatim itu tinggal dengan mereka.
Diriwayatkan daripada Umar r.a. bahawa beliau berkata tentang seorang anak pungut: “Dan merdeka, engkau boleh menjadi walinya dan kami bertanggungjawab membiayainya.” Yang dimaksudkan dengan wali itu ialah wali bagi urusan penjagaan bukannya bagi urusan harta pusaka, seperti yang disangkakan oleh satu kumpulan.
Firman Allah: Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Setiap perkara yang dibimbangi tetapi Allah menyerahkan kepada orang mukalaf untuk menjalankan amanahnya, tidak boleh dikatakan; Orang itu hendak mengelakkan daripada melakukan perkara yang ditegah, kerana itulah dia enggan melakukannya.
Samalah sebagaimana Allah menjadikan orang perempuan beramanah menjaga kemaluan mereka, sedangkan dari aspek lain banyak lagi bahaya yang boleh keluar daripada kata-kata mereka yang bersangkut dengan hukum hakam dan berkait dengan halal, haram dan keturunan, walaupun ada kemungkinan mereka boleh berbohong. Sesungguhnya ini adalah satu gaya penerangan yang menarik.
Sepatutnya anda memberikan perhatian dan menjadikannya sebagai pedoman dalam usaha mengetahui hukum-hakam. Allah jua yang memberikan taufik ke arah yang benar dengan rahmatnya.
Iktibar Ayat
* Tanggungjawab memelihara anak yatim merupakan besar pahalanya.
* Sifat Allah yang Maha Mengetahui mana yang buruk dan mana yang baik.
* Mengithbatkan sifat Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.
* DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 6:09 pm Post subject: |
 |
|
aku jumpa suma tu dlm internet...  _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
matasura Lieutenant 2nd class frenzy
flieu.jpg)

Joined: 27 Apr 2006 Posts: 845 : Location: KL-Penang
Items  |
Posted: Tue Mar 04, 2008 6:18 pm Post subject: |
 |
|
Wajib membantu anak yatim
SOALAN
Apakah hak anak-anak yatim, cara terbaik menggauli mereka dan peranan rumah-rumah anak yatim?
JAWAPAN:
Pertamanya, elok kita lihat takrifannya. Ulama telah mentakrifkan anak yatim sebagai: “Apabila seorang kanak-kanak kematian bapanya sama ada lelaki atau perempuan yang belum baligh, maka mereka digelar yatim”.
Kebanyakan ulama berpendapat kanak-kanak yang kematian bapa sahaja yang digelar yatim.
Ini kerana keperluan mereka kepada bapa di dalam menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya ini merujuk kepada peranan dan tanggungjawab seorang ayah.
Istilah yatim piatu pula tidak ada dalam kamus Arab melainkan ia terdapat dalam kamus perbualan masyarakat Melayu.
Panggilan serta kelebihan yang diperolehi oleh anak-anak yatim ialah selagi mana mereka belum mencapai umur baligh.
Ibn Ruslan pernah berkata: “Apabila anak yatim itu sampai kepada umur baligh yang diketahui umum (umur pada adatnya baligh) maka tidak boleh lagi digelar dengan nama ‘yatim’”.
Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim.
Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga (memberi perlindungan) kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim ).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga.
Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.
Kelebihan ini diperoleh sama ada dengan melindungi anak yatim dengan hartanya atau pun dengan harta anak yatim yang ditinggalkan melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik.
Dalam sepotong athar daripada Abi Umamah berkata : “Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah baginya pahala atas setiap helai rambut yang disentuhnya.”
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”
Allah s.w.t. memberi amaran yang keras ke atas orang-orang yang merosakkan harta anak-anak yatim dengan mencampuradukkan harta mereka dengan harta anak yatim.
Firman Allah yang bermaksud: Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar. (al-Nisa’: 2)
Dalam ayat-ayat yang lain Allah mengecam perbuatan memakan harta anak yatim tanpa hak. Antaranya, firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka sedang memenuhkan perut mereka dengan memakan api neraka dan tempat kembali mereka ialah neraka. (al-Nisa’: 10)
Maksud firman Allah lagi:Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya. (Dhuha: 9-10)
Maksudnya: Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim… (al-Maun: 1-2)
Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, Maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)
Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (halal). (al-Israk: 34)
Apabila turun ayat ini sahabat yang di rumahnya ada anak yatim mula mengasingkan makanan mereka daripada makanan yang lebih baik bagi anak-anak yatim. Kadang-kadang makan yang diasingkan itu menjadi basi dan rosak. Maka turunlah ayat 220 surah al-Baqarah itu tadi.
Anak-anak yatim adalah amanah Allah s.w.t., orang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak.
Masyarakat awam juga mempunyai tanggungjawab sosial ke atas mereka dengan menghulurkan bantuan demi meringankan bebanan rumah anak- anak yatim yang kadang-kadang mengharapkan bantuan dari orang ramai.
Masih banyak lagi rumah anak yatim yang serba daif menantikan bantuan dan perhatian orang ramai.
Seperkara yang ingin saya ingatkan agar wujudnya keseimbangan dalam mendidik anak-anak yatim.
Limpahan bantuan yang berlebihan juga boleh menjadikan mereka orang tidak mengerti erti kesusahan. _________________
Blog aku...
come and join us help the poors! |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
as_satria Private frenzy
pvt.jpg)
Joined: 23 Aug 2007 Posts: 131 :
Items  |
Posted: Wed Mar 05, 2008 8:31 am Post subject: |
 |
|
| baguih la mu nih mat... |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
shari2187 Private frenzy
pvt.jpg)
Joined: 30 Dec 2007 Posts: 65 : Location: Sungkai_KL_JB
Items  |
Posted: Thu Mar 06, 2008 2:28 am Post subject: |
 |
|
| ape lagi? jom jom... |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
IBC_TZM Private frenzy
pvt.jpg)
Joined: 05 May 2006 Posts: 29 :
Items  |
Posted: Tue May 20, 2008 5:14 pm Post subject: ..... |
 |
|
amalan yg baik....
aku mencadangkan kita bg bantuan kepada fakir miskin...
senarai nama fakir miskin boleh dapat drpd Majlis Agama Islam Berdekatan.... |
|
| |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
| |
 |
|
 |
 |
 |
 |
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|
 |